Tuesday, April 15, 2008

Pervert Celaka!

Kalau semalam, aku post kan pasal badut yang mengembirakan hati aku.. walaupun aku lambat sedikit ke pejabat. Tetapi berlainan pula pada hari ini, sudahlah aku kelewatan hampir 30min.. di tambah pula dengan pertemuan ngan tua celaka yang sgt pervert! Pergi jahanam sama tua celaka ini!



Peringatan kepada kawan perempuan ku semua.. Yang mana naik LRT, sila beri perhatian kepada tua hina ini yang akan sedaya upaya menggesel2 dan menghimpit bontot anda. Aku dpt menyaksikan gelagat celaka tua sial ni pagi tadi di mana seorang gadis berjaya di 'rasa' oleh nya. Kejadian yang berlaku di hadapan mata aku, membuatkan aku teringat kepada kenalan perempuanku, baik kawan, syahida, mahupun keluarga-keluargaku. Gadis tersebut dilihat menangis kecil apabila aku memberikan ruang untuk nya berdiri jauh dari celaka tuh. Ingat, walau pun dalam keadaan sesak, jangan sekali-kali biarkan bontot anda dicabul oleh tua sial ni.

Monday, April 14, 2008

Early Morning Breaker!



Hehe.. pepagi lagi da tersenyum melihat gelagat seekor maskot McD di depan LRT Ampang Park. Tomey! :x

Thursday, April 3, 2008

Muka Surat Baru




Pemandangan Megan Avenue

Jadi inilah permulaan muka surat baru untuk dunia pekerjaan seorang graduasi segar seperti aku. Tanggal 1hb April 2008, aku memulakan karier baru sebagai pembangun sistem komputer di syarikat baru. Jauh lebih esklusif jika dibandingkan dengan suasana di syarikat lama. Cuma skop tugas itu sahaja yang mungkin berbeza di mana ianya jauh lebih sukar dari skop lama. Jikalau dulu aku mampu untuk ber'chat' tanpa henti dari pukul 8 hingga 5.. tetapi sekarang, aku yakin, jika aku tetap berlaku demikian, aku percaya aku akan makan setiap kunci-huruf di papan kekunci yang aku tekan itu untuk menggantikan gaji bulanan yang sepatutnya diberikan kepada aku. Oleh itu, aku perlu bersedia untuk tugasan mendatang yang jauh lebih menggerunkan.



Pemandangan dari meja makan

Jika dulu, makan tengah hari hanya di hiasi ngan pengurus-pengurus yang berperut buncit dan berlagak bersahaja tetapi adalah pengampu yang gigih. Tetapi sekarang, suasana makan tengah hari di sini jauh lebih indah, ianya di hiasi ngan dedaun pokok yang menghijau, deruan air terjun yang mendamaikan perasaan, dan suasana redup dan tenang ditambah ngan bubis gadis yang berkeliaran mencari juadah lauk-pauk, sangat mengenyangkan perut yang sememangnya kenyang dengan juadah yang haram-jadah mahal dan ini sememangnya mengindahkan lagi suasana untuk mata gatal ini memandang. Cuma yang aku rindukan, gelak tawa rakan-rakan di syarikat lama yang mungkin tiada penggantinya di sini. Tetapi tidak mengapa, bubis-bubis gadis-gadis dari tingkat 6 ataupun dari pejabat aku sendiri sudah cukup menemani aku dan kawan-kawan lelaki yang lain menikmati juadah makan tengah hari.













Cukuplah dengan suasana tempat menjamu selera di Megan Avenue ini. Kita beralih kepada suasana dalaman pejabat ini. Hiasan dalaman syarikat ini boleh dikatakan agak kontemporari, bersahaja dan selesa. Dengan hanya menggabungkan 2 sut pejabat yang beralamat di Suite B-11-3 & B-11-4, Megan Avenue One, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, ia mampu memuatkan seramai lebih kurang 30 pekerja di dalamnya. Bilik mesyuarat dijadikan medan bertempur untuk 10 ahli kumpulan kami bertungkus lumus menyiapkan projek dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Hubungan yang sangat rapat dan jarak interaksi yang sangat dekat memudahkan kami untuk berkomunikasi dan berbincang tentang masalah dan isu.

Pabila malam, tiada lagi kerisauan dan kelewatan yang ditambah lagi dengan keletihan berkerja lebih masa. Lokasi pejabat yang berhampiran dengan stesen LRT Ampang Park, memudahkan aku untuk pergi dan balik dalam jangkamasa yang agak sekejap dan tidak meletihkan. Dengan tidak mengambil masa lebih dari 1 jam setengah pada waktu kebiasaan, aku sudah mampu berada di pejabat atau di rumah lebih cepat. Cuma yang aku risaukan, jika selepas ini, aku terpaksa bekerja lebih masa sehingga lewat malam, dan ini sememangnya menyusahkan diri aku untuk mencari teksi dan membayar tambang tengah malam. InsyaAllah, aku harap aku mampu siapkan kerja tepat pada waktunya.

Jadi, sampai di sini sahaja yang mampu aku ulaskan untuk tatapan pembaca-pembaca terhormat. Sehingga berjumpa lagi di ulasan seterusnya. Sekian.